Sunday, April 10, 2011

Terlarang di Ebay!

Apa yang tidak boleh dijual di EBAY?

EBAY sebagai platform dagangan tidak membenarkan benda benda yang memudaratkan seperti apa apa jua yang berkaitan (tetapi tidak terhad kepada) dadah, hidupan liar, barangan terpelihara atau artifek , cetak rompak seperti CD, Lagu, Video , perisian software, Software yang penjualannya terhad (OEM, not for retail etc), Data data tersekat seperti huraian alamat email (Mailing List), maklumat peribadi dan benda benda lucah serta yang memudaratkan (racist or religious disharmony).

Ada pernah menjual anak dan sanak saudara oleh adik beradik mereka dan tindakan ini walaupun lucu tidak boleh dipandang serong. Alat perubatan dibenarkan dijual tetapi ubat ubatan serta perubatan herba dan tradisional MUNGKIN DISEKAT. Ini bergantung pada apa yang anda huraikan dalam iklan anda. Produk dibawah akta Jualan Langsung MLM tidak boleh dijual tetapi ada jua yang mencubanya sebagai produk cosmetic dan jenama seperti Tupperware dibenarkan di EBAY. Ini tertakluk kepada pelepasan am diberikan oleh pihak penentu syarikat AJL-MLM Products.

 

Cara Dagangan Selamat

Cara Cara Berdagang secara online di EBAY.

Pertama, anda perlu ada lakar pengetahuan atas cara menjual di ebay. Disana, cara dagangan adalah berlainan dari cara dagangan biasa yang kita boleh lihat dan pegang dan cara pembayaran juga berbeza. Ada yang mengunakan cara catalog melalui apikasi pihak ketiga seperti Auctiva dan sebagainya dan concept adalah sama seperti di Lelong.Com.my.

Secara online, anda perlu memberitahu ciri ciri barang anda secara terperinci dan disertai gambar yang elok. Pembayaran pula adalah secara Online melalui PAYPAL atau Moneybookers dan tidak hanya tergantung kepada pembayaran dengan MayBank2U kerana itu salah dari segi undang undang merangkap Akta Jualan Langsung di Malaysia dan Akta Hak Pengguna di merata dunia.

Kenapa kita perlu terima Paypal atau Moneybookers? Paypal dan Moneybookers adalah platform yang terunggul di antara bangsa dan ciri untuk mengelakan penipuan atau Payment Fraud adalah paling baik. Paypal mengambil upah 3.5% +50c untuk pembayaran secara Charge (Visa/Mastercard/AMEX/Cheque) dan kurang dari $1 jika pembayar menggunakan wang sedia ada ( Available Funds ). Kita boleh terima dalam Ringgit Malaysia, US Dollars, Pound Sterling , Euro dan Dolar Singapore. Mereka adalah penanggung risiko dan akan memberitahu akan risiko anda berdagang dengan pembeli seperti adakan pembeli ini betul-betul benar dan akan alamat sebenarnya.

Moneybookers memberi option untuk pelanggan yang tiada card untuk menggunakan system e-debit seperti NETS di Singapura, GIRO di UK dan sebagainya. Charge mereka adalah diatas pembayar dan bukan anda. Pembeli selalunya  membayar secara card yang di-tag dengan account simpanan mereka seperti di Maybank, CIMB, Bank Islam, BSN dan sebagainya.

Untuk mula berdagang, anda perlu mendaftar di EBAY Malaysia. Tiada charge dikenakan untuk daftar, lakar , pengiklanan dan penjualan di EBAY Malaysia tetapi jika anda ingin menjual di pasaran antarabangsa, anda perlu aktifkan tetapan account anda untuk perayauan. Barangan anda akan pula di iklankan di International Sellers site, dan jika pelanggan buat pencarian barangan anda seperti “USB Thumbdrive” dan kekunci kata atau keyword barangan anda adalah seperti itu, barang anda akan juga difeaturekan di carian mereka. Cost pengiklanan adalah di antara $1.50 ke atas dan charge final value fee atau komissen mereka adalah antara 2% ke 8% berdasarkan apa yang dijual.

Anda juga perlu mempunyai kad kredit atau debit Visa untuk mengaktifkan account PAYPAL anda. Kad ATM Maybank tidak dibenarkan dan setahu kami, kad dari Al-Rajhi Bank, TESCO Debit Visa sahaja diterima. Anda akan di charge RM10 untuk VERIFICATION FEE dan data verification ini terlihat dalam penyata transaksi anda. Saya sarankan RHB TESCO untuk verification dan AL-RAJHI untuk pembayaran. Untuk pengeluaran dana, anda perlu ada ada sekurang-kurangnya RM50 atau USD20 dan wang anda akan di Giro-Kredit kepada account anda. Anda perlu tahu bahawa CLEARING BANK sahaja boleh digunakan seperti Maybank, CIMB, Al-Rajhi, AMBank ,RHB dan Public Bank ( HSBC,CITIBANK,SCB ) dibenarkan kerana mereka mempunyai SWIFT CODE sendiri. Untuk mengesahkan Code Bank anda, sila layari muka SWIFT CODE kami di sesawang rakan kami. Bank Islam, BSN, AgroBank,Bank Muamalat dan sebagainya yang dimiliki kerajaan tidak online dengan system perbankan antarabangsa.

Selepas meminta pengeluaran dana anda , wang anda akan di kredit dalam masa 4 hari berkerja dan fee adalah RM4 untuk pemindahan dana jika jumlah kurang dari RM400 atau USD350. Oleh kerana ada yang fikir ini perkara leceh dan remeh, mereka membeli barangan dari pihak ketiga atau Jual Dana kerana kadar matawang PAYPAL ke Ringgit teruk sedikit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Thursday, October 7, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat bertemu di laman ini.

eBay adalah sebuah tempat penjualan dan adalah dari satu dataran perdagangan kecilan yang amat terkemuka dan juga berjaya. Disini kami akan mengajar dan membawa anda kepada bagaimana untuk menjadi peniaga (Merchant) yang berjaya di lelaman ini.

Antara jaringan pasaran internet di rantau ini, eBay adalah yang paling popular kerana setiap paparan dan senarai barangan akan di papar di laman eBay di negara lain seperti Singapura, UK, US, Australia dan India berbanding laman jualan saingnya seperti Lelong, ST701 dan sebagainya.